Jual tanah bernilai RM29.3 juta dengan hanya RM500,000, Kerajaan Pas kata itu cuma isu kecil

Jual tanah bernilai RM29.3 juta dengan hanya RM500,000, Kerajaan Pas kata itu cuma isu kecil

 

Menteri Besar Terengganu daripada Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap penjualan tanah kerajaan negeri kepada persatuan isteri-isteri YB Pas dengan harga gila-gila murah bukanlah satu isu.

Menurutnya, beliau tidak faham kenapa ada yang mempersoalkan perkara ini dan menuduh mereka yang persoalkan itu hanya kerana pilihan raya semakin hampir.

Terdahulu tular laporan mendakwa kerajaan Terengganu menjual tanah seluas 11,299 meter persegi yang terletak di kawasan strategik di Batas Baru pada harga lebih rendah dari pasaran.

Kerajaan menjual tanah bernilai RM29.3 juta dengan dengan hanya RM500,000 kepadap persatuan itu.

Respon menteri besar yang menganggap jual aset negeri dengan harga murah cuma isu kecil ini mengundang kritikan netizen.

Rata-rata menganggap kenyataan Syamsuri ini menghalalkan tindakan jualan aset dengan cara yang merugikan.

Namun tindakan itu dihalalkan hanya kerana Terengganu dipimpin oleh Pas.

Malah ada netizen membayangkan, kalaulah yang mengeluarkan kenyataan ini adalah menteri besar daripada Pakatan Harapan, sudah pasti para pentaksub Pas menganggap ia satu pengkhianatan kepada tanah melayu.

Namun seperti biasa, isu ini menyebabkan para walaun senyap. Terpaksa angguk bodoh menyokong.