“Kalau takda duit, tak payah kunci pintu”, pesan perompak yang kecewa pecah masuk rumah takda duit

“Kalau takda duit, tak payah kunci pintu”, pesan perompak yang kecewa pecah masuk rumah takda duit

 

Bunyi macam tak masuk akal bukan? Tapi itulah yang terjadi di India apabila seorang pencuri meninggalkan nota kepada pemilik rumah yang dipecah masuknya gara-gara kecewa gagal mendapat hasil yang lumayan di rumah berkenaan.

Menerusi nota berkenaan, dia meluahkan rasa kecewanya dengan menulis : “Kenapa mengunci rumah sedangkan tiada wang didalamnya”

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku di bandar Dewas, Madhyar Pradesh, tuan rumah Trilochan Singh Gaur, yang juga seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi tiada di rumah kerana dia bertugas dan menetap di bandar berbeza.

Malah dia hanya menyedari yang rumahnya dipecah masuk pada sabtu lalu selepas dua minggu insiden berkenaan berlaku.

Nota berkenaan kemudian tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

Namun menurut Ketua Balai Polis Kotwali, pencuri itu sebenarnya tidak pulang kosong, sebaliknya dia berjaya melarikan wang sebanyak Rs 30,000 (bersamaan RM 16,600) dan barangan kemas dari rumah kediaman berkenaan.

Malah ada menyifatkan pencuri itu berani dengan menulis menggunakan tangannya menggunakan pen dan kertas dengan cop kerajaan milik tuan rumah itu sendiri.

Bahkan dia sebenarnya sengaja mencari pasal kerana memecah masuk rumah berkenaan yang merupakan penempatan pegawai kerajaan selain ianya tidak jauh dari rumah seorang pegawai polis daerah yang berpangkat tinggi.

Kes tersebut difahamkan kini dalam siasatan polis daerah, lapor Buzzkini.