Kanak-kanak mengadu kena gangguan seksual, apa yang perlu kita lakukan?

Kanak-kanak mengadu kena gangguan seksual, apa yang perlu kita lakukan?

 

Saban hari ada sahaja berita mengenai kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual. Sama ada diganggu oleh rakan sebaya atau pun mereka yang lebih dewasa, kanak-kanak zaman kini seakan sudah tidak selamat dimana-mana pun.

Bermula daripada bahan-bahan pornografi yang tidak terkawal; semuanya mudah didapati daripada hanya sekali carian di internet, manusia semakin hilang kawalan diri daripada menahan nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai ‘kepala’ yang menguasai diri dan perbuatan.

Jika anda didatangi oleh kanak-kanak yang mengadu diserang secara seksual, apa yang akan anda buat? Terus berdepan dengan individu yang disebut atau ke pihak berkuasa terlebih dahulu?

apa yang patut buat jika kanak kanak mengadu mengalami gangguan seksual 3

Syed Azmi, seorang aktivis masyarakat yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di seluruh dunia mengupas apa tindakan yang boleh anda lakukan sekiranya didatangi kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual.

apa yang patut buat jika kanak kanak mengadu mengalami gangguan seksual

Jangan biarkan pengadu merasa takut sehingga menjadikan mereka was-was dan hilang harapan.

apa yang patut buat jika kanak kanak mengadu mengalami gangguan seksual 1

Kita perlu tahu kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual ini memerlukan perhatian sesegera yang mungkin. Bayangkan kita di tempat mereka, dan layan mereka sebagaimana kita mahu kita dilayani sekiranya terjadi kepada diri sendiri.

apa yang patut buat jika kanak kanak mengadu mengalami gangguan seksual 2

Merasa terpanggil untuk mendidik masyarakat supaya memahami, laman Facebook Syed Azmi sentiasa dikemas kini dengan penceritaan aktiviti yang beliau lakukan.

Semoga apa yang beliau lakukan sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bahawa kanak-kanak perlu dilindungi terutamanya dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi ini.