Kantoi! Pelitup muka milik menantu PM putus semasa live, macam mana boleh dapat kelulusan SIRIM?

Kantoi! Pelitup muka milik menantu PM putus semasa live, macam mana boleh dapat kelulusan SIRIM?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kritikan ramai apabila menyokong keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tular di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

@aine050408

Reply to @eonezrizuan #sirim #maskcopsirim #fypシ

♬ original sound – CheAin0405 – CheAin0405

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terputus.

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.