Kasihan! Pengantin bersanding dengan laptop, pasangan positif Covid19
Setiap pengantin pasti mahukan yang terbaik di majlis perkahwinan mereka. Bukan sahaja majlis yang meriah malah ramai mahukan ianya berjalan dengan lancar.
Justeru ramai pasti akan merancang sehabis baik bagi memastikan hari bahagia khususnya momen sewaktu duduk bersanding di mahligai pelaminan sempurna agar ianya dapat diingati hingga ke akhir hayat.
Namun keadaan dilihat berbeza buat pasangan ini apabila si suami terpaksa bersanding sendirian sambil bertemankan sebuah laptop kerana pengantin perempuan disahkan positif Covid-19.
Menerusi TikTok, seorang pengguna, @kakleeha telah berkongsi video majlis persandingan tersebut yang memperlihatkan pengantin perempuan yang lengkap berbusana songket hanya dapat berada di skrin laptop menemani suaminya kerana sedang menjalani kuarantin.
Yelah, segala persiapan sudah dijalankan dan ditempah, malah tetamu juga sudah diundang justeru majlis pasti perlu diteruskan.
“Pengantin perempuan positif, terpaksa la bersanding dengan laptop”
Dilihat pada video tersebut, jurukamera dan hadirin tetap santai mengambil foto pengantin lelaki bersama isterinya yang sedang berada di atas talian.
Perkongsian video itu ternyata mencuri perhatian netizen sehinga berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan selain 67,000 tanda suka.
Namun akaun TikTok berkenaan telah meletakkan ruangan komen kepada mode privasi, dengan itu respon netizen tidak dapat dibaca ketika ini.
Apa-apa pun tahniah kami ucapakan kepada pengantin baru ini. Dalam masa sama kami doakan agar pengantin perempuan segera sembuh!