Kata-kata derhaka si Tanggang kepada ibunya sebelum disumpah jadi batu
Kata-kata derhaka dan hinaan Si Tenggang terhadap ibunya sebelum disumpah menjadi batu!!
Mak Umpit : Oh , Tanggang anakku ! Tidakkah kau kenal lagi ibumu ini ?
(Si Tenggang berasa terkejut dengan kedatangan ibunya itu di bahtera kapal layarnya. Si Tenggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua berpakaian lusuh itu adalah ibu kandungnya….,lalu Si Tenggang pun menghalau ibunya turun dari kapal..)
Si Tenggang : Hei….perempuan tua! Jangan kau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini….Aku anak orang kaya tau!! Lebih baik kau berambus dari bahteraku ini….!!
Mak Umpit : Tanggang….ibu ada bawak makanan sukaan kau nak….lotong panggang dan pisang bakar nakk….nahh ambil ini nakk….
(Si Tenggang terus melempar lotong panggang (sejenis kera) dan pisang bakar pemberian ibunya itu ke dalam laut….)
Ibu Si Tenggang : Tangganggg….!! Aku ibu kau nak….sampai hati kau buat begini pada ibu , nak….
Nakhoda Si Tenggang : Ahh….sudah berapa kali lagi mau aku katakan !! Kau bukan ibu ku !!
(Sambil mencapai pendayung Si Tanggang terus memukul ibunya dan akibatnya dahi ibunya luka berdarah….!!)
‘Pengawal , halau perempuan tua ini , hamba benci melihatnya !!
(Kerana terlalu sedih , Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri.Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.Setibanya Mak Umpit di pantai , dia terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan ;
Ibu Si Tenggang : Oh, Tuhanku ! kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang ku susui dari tetek ku ini (sambil menggoncang-goncangkan buah dadanya), dan aku pelihara sejak kecil sebesar tapak tanganku ini , Tunjukkanlah balasan-MU ke atas anak yang durhaka !!
(Tidak semena-mena laut yang tadi tenangnya telah bertukar menjadi gelora , hujan ribut dan kilat berserta guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tibanya.Terdengarlah suara anak-anak kapal riuh-rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh-rendah itu , terdengarlah suara Si Tanggang melaung….
‘Ibu….ibu….ibu….ampunkan dosa Tanggang bu….Tanggang ini anak ibu….ibu ampunkan Tanggang bu….Ampunkan Tanggang bu….ampunkan Tanggang bu….
Bahtera Si Tanggang semakin karam….pekikan dan lolongan orang-orang di dalamnya semakin hilang….akhirnya….Tanggang , isterinya dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya….
Kisah ini lebih awal lagi telah dirakamkan pada tahun 1900 dalam buku Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat berjudul Charitra Megat Sajobang dalam buku Malay Magic (1900) , muka-surat 54 dan 55 dicetak oleh The Macmillan
Company : New York , yang diceritakan oleh orang Melayu Selangor Ulu Kelang.Ia jelas membuktikan bahawa ia telahpun menjadi kisah rakyat pada tahun 1800-an lagi di Selangor.
Beberapa tempat di kepulauan Melayu dikaitkan dengan kisah teladan Si Tanggang.
Antaranya ialah Jong Batu di Brunei , Batu Caves , Selangor dan Bukit Treh , Johor serta Batu Malin Kundang di pantai Air Manis , Padang Sumatera Barat.Tempat-tempat ini , menurut kepercayaan masyarakat setempat , mengandungi bekas sejarah Si Tanggang menjadi batu.
Kisah teladan Melayu , Si Tanggang disampaikan secara lisan.Oleh itu , ia mempunyai banyak versi yang berbeza mengikut tempat di Nusantara.