‘Kaya sangat ni’ – Tular pelajar sekolah pandu Aventador SV dengan lesen L

‘Kaya sangat ni’ – Tular pelajar sekolah pandu Aventador SV dengan lesen L

 

Apa yang paling best masa zaman sekolah? Ramai kawan kat sekolah? Ada awek? Cikgu cantik? Atau mee goreng bodo kat kantin?

Semua tu tak best bagi abang. Yang paling best mestilah masa balik sekolah dan masa cuti.

Lagi best kalau balik dengan memandu sendiri kereta atau menunggang motosikal. Remaja berumur 16 tahun dari Australia ni lagi gempak kerana dilihat memandu sebuah Lamborghini selepas habis waktu persekolahan. Kurang ajar kau dik.

Foto di atas dikongsikan oleh @benjamin_kemp03 dan turut  tular di laman FB Melbourne Car Spotters. Ia mengundang hampir 4.2k komen dan rata-rata komen berkisar kepada kereta pertama yang mereka pandu yang semestinya tidak sehebat sebuah Lamborghini.

Lamborghini tu satu hal dan yang dipandu oleh remaja ini pun bukan model biasa-biasa. Ia merupakan sebuah Aventador LP750-4 SuperVeloce berwarna hitam stealth. Model ini dikeluarkan pada tahun 2015 dan merupakan model flagship Lambo sebelum digantikan dengan SVJ. Enjin V12 nya mampu menghasilkan 740 hp kuasa dan dilengkapi dengan bodykit yang cukup agresif.

Pelekat ‘L’ pada sudut bumper belakang menunjukkan yang remaja ini masih menggunakan lesen belajar memandu. Di Victoria, undang-undang menetapkan seseorang mesti berusia 16 tahun sebelum boleh memohon lesen memandu dan mesti ditemani seorang pemandu berlesen jika memandu di jalan raya.

Belajar memandu dah pakai Aventador bila dah ada lesen penuh rasa-rasa terus naiktaraf ke Revuelto ni.