Kejam! Bergaduh sebab duit, isteri tetak suami guna parang
Seorang wanita bertindak ganas dengan menetak kepala suaminya menggunakan parang selepas berlakunya perselisihan faham berkaitan masalah kewangan.
Tetak kepala suami
Sekadar gambar hiasan
Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu menyebabkan mangsa, 34, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, mangsa yang baru pulang ke rumah telah diserang selepas dia menjamu selera dan menuju ke bilik tidurnya.
Sebelum kejadian, mangsa berselisih faham dengan isterinya berkaitan masalah kewangan. Mangsa yang cedera kemudian melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Jinjang.
Difahamkan, pihak polis masih belum merakam keterangan mangsa kerana dia gagal ditemui sehingga kini.