Kejam! Tergamak lempar anjing dalam sungai untuk santapan buaya

Kejam! Tergamak lempar anjing dalam sungai untuk santapan buaya

 

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki bertindak melempar seekor anjing ke dalam sungai manakala seorang lagi merakam kejadian itu.

Dilempar manusia, dibaham buaya

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan dua orang lelaki sedang menangkap seekor anjing lalu menghayunnya sebelum melempar anjing itu ke dalam sebuah sungai.

Anjing tersebut kelihatan terkapai-kapai seolah-olah dalam kelemasan manakala dua orang lelaki berkenaan bersorak keriangan dan seorang lagi hanya bergelak ketawa sambil merakam kejadian itu.

Paling menyedihkan apabila kelihatan seperti seekor buaya datang menyerang dan menerkam anjing tersebut.

Susulan itu, Pengerusi Pembela Haiwan Indonesia, Doni Herdaru Tona berkata pihaknya sudah mengenalpasi lokasi kejadian yang didakwa berlaku di kawasan Kacamatan Sembakung, Kabupaten Nunukan, Kalimatan Utara di Indonesia.

Menurutnya lagi, perbuatan tersebut jelas melangar Perkara 302 Kanun Jenayah iaitu dengan sengaja menyakiti atau melukai haiwan atau menjejaskan kesihatannya tanpa tujuan atau secara melampaui batas.