Kemenangan sebenar bukan Umno, tapi MCA! Tegas Ridhuan Tee

Kemenangan sebenar bukan Umno, tapi MCA! Tegas Ridhuan Tee

PRN Johor, kemenangan sebenar bukan UMNO tetapi MCA.

Pasti kerusi EXCO dan timbalan menjadi milik MCA, tanpa satu pun ketinggalan. Menang sikit dapat banyak. Jadi apa erti menang banyak? Bukan menafikan hak orang lain. Tetapi apa erti kemenangan yang sebenar.

Undi Melayu yang memenangkan MCA. Harapkan undi Cina belum tentu lagi. Lepas ini, beri banyak lagi kerusi tradisi kepada MCA. Mereka akan menjadi lebih bongkak.

Justeru, janganlah terlalu gembira dengan kemenangan PRN Johor.

Menang negeri belum tentu menang pusat. Kemenangan sebenar adalah kemenangan peringkat pusat atau persekutuan atau Putrajaya, bukan negeri.

Sekadar menang negeri, cubalah tawan negeri kaya, Selangor dan Pulau Pinang semula. 

Tanpa perpaduan Melayu Islam, jangan haraplah. 

Jangan kerana telalu seronok menang negeri sehingga terlepas pandang Putrajaya. Sama seperti politik bangunkan kawasan (DUN) sehingga terlepas pandang bangunkan negeri. 

Susun strategi perpaduan Melayu Islam daripada sekarang dengan mengambil kira pengajaran PRN Johor, Melaka dan Sabah. 

Pada hemat saya BN (UMNO) menang besar dalam PRN Johor, bukan suatu yang menghairankan. Memang sudah pun dijangkakan dan menjadi ramalan serta bualan. Jadi, apa yang kecoh sangat.

Wabak COVID-19 dan peratus rendah turun mengundi menyebelahi UMNO (BN). 

Budaya kiasu atau takut mati tetap menyelubungi, terutama dalam kalangan masyarakat Cina, walaupun tidak semua.

Sebab itu, MCA jangan terlalu yakin sokongan Cina telah beralih, kamu menang kerana undi Melayu. Cina masih tidak mengundi. Kalau ada pun, tidak banyak. Tidak boleh memenangkan kamu MCA. Cina masih tetap setia dengan ultra kiasu DAP. 

MIC usahlah cerita. Memang mengharapkan undi Melayu sebab tidak ada satu kawasan pun ada majoriti. 

Kemenangan MCA ini akan digunakan sekali lagi seperti mana Melaka, untuk mengatakan bahawa masyarakat Cina telah beralih kepada mereka, sudah tentu akan lebih mendesak supaya kerusi tradisi kawasan majoriti Melayu lebih 55 peratus diserahkan kepadanya dalam mana-mana PRN, jika ada dan PRU15 nanti.

Siapa untung siapa rugi?

Dalam konteks PRN Johor, semua DUN MCA menang, pasti jawatan EXCO dan timbalan menjadi idaman. Menang semua dapat semua. Sudah tentu selepas ini desakan demi desakan, sekolah perkauman vernakular akan berkumandang lebih agresif, walaupun di Johor sudah melambak.

UMNO menang banyak, dapat sedikit, kerana terpaksa berkongsi atas dasar perpaduan nasional. 

Beginilah politik ultra kiasu, siapa pun yang menang dalam kalangan mereka, MCA atau DAP, politik mereka tetap menang.

Tambahan pula dengan ketiadaan Gerakan. Tanpa Gerakan, MCA dalam 

Selepas ini, kerusi Parlimen Simpang Renggam, yang sebelum ini menjadi milik Gerakan, pasti menjadi milik MCA. Dengan alasan ia juga kerusi tradisi, sama seperti Tanjung Piai. Kecualilah Gerakan kembali kepada BN meninggalkan PN selepas post mortem PRN Johor.

Kita akan terus rugi dan rugi. Kita terus berpecah, antara parti dan sesama dalam parti, inter dan intra.

Walaupun UMNO menang besar, UMNO tetap pecah. UMNO PWTC dengan UMNO Putrajaya.

Melayu tetap rugi. Menang banyak mana kerusi UMNO, ia tetap tidak menguntungkan politik Melayu Islam, tetapi politik ultra kiasu.

Kepada parti Muda, kamu jangan terlalu yakin bahawa kemunculan kamu walaipun tidak sampai setahun, mendapat sokongan rakyat. 

Kamu menang kerana PH beri laluan.

Jika kamu bertembung sesama sendiri, seperti yang berlaku di beberapa kawasan, ada kamu menang, pasti kamu tidak akan menang.

Sebab itu, jangan terlalu yakin, kamu menjadi pilihan anak muda. Sebenarnya tidak. Tidak semua orang muda suka kepada Muda. Orang muda tahu, kamu tetap tunggangan ultra kiasu. Liberal. Jika kamu mahu sokongan anak muda Melayu, kembali kepada jati diri sebenar.

Kepada PAS, tahniah, kerana walaupun menang satu kerusi di kawasan lubuk UMNO. Sebenarnya PAS tetap tidak kalah.

Walaupun tidak dapat mempertahankan beberapa kerusi lain, pada PAS, kekalahan dan kemenangan asam garam perjuangan. Tetapi bukan kepada UMNO. Sukar sekali untuk menerima kekalahan dan tidak mahu kalah lagi. 

UMNO amat yakin jika PRU15 berlangsung dalam masa terdekat pasti mendapat majoriti dua pertiga, meskipun bergerak solo.  

Sayang sekali PAS bertanding menggunakan lambang PN. Sebenarnya, dari sudut psikologi, orang Melayu merindui bulan. 

Tetapi bulan tidak mengambang di PRN Johor tetapi logo PN yang tiada bulan. Mungkin salah satu sebab orang tak pangkah bulan. PAS dan bulan sudah sinonim.

Nasihat saya kepada PAS, sementara menunggu PRU15, lakukanlah yang terbaik ketika berada dalam kerajaan. PRU15 belum tentu dapat lagi menjadi Menteri. Tidak perlu malu alah lagi. Berkata benar walaupun pahit. Lantang memperjuangkan kebenaran meskipun nampak tidak popular. 

Tinggalkan sesuatu kepada rakyat yang boleh dikenang hingga ke akhir hayat. Saya terlalu teruja melihat pemimpin PAS terkehadapan dalam memperjuangkan nasib tiga anak mualaf yang telah kembali kepada ibunya yang hidup dalam kepuraan. 

Kepada parti Pejuang, Warisan, Putra dan PBM, lupakanlah jika mahu bertanding secara solo.  Buang masa dan tenaga serta wang ringgit. Kuasa ketiga masih belum menjadi pilihan

Sedikit nasihat kepada UMNO. Meskipun pimpinan UMNO berkata mereka tidak akan mendesak untuk diadakan segera PRU15. Itu kata mereka.

Perhimpunan Agong UMNO yang akan berlangsung tidak lama, pastinya ketua bahagian akan dipujuk untuk mendesak supaya PRU diadakan segera, sebagaimana suara yang kedengaran pada malam kemenangan BN diumumkan.

Strategi ini semua orang sudah semua maklum. Selepas itu kita akan berkata, kehendak akar umbi.

Walhal, akar umbi sebenarnya tidak suka UMNO berlagak sombong dan terlalu yakin boleh menang bergerak solo.

Bersedialah untuk berdepan dengan PRU15 tidak lama lagi.

Apa guna gigi tetapi tidak ada taring.

Jangan terlalu yakin. PRN bukanlah cerminan sebenar, PRN bukan sebesar PRU.

PRN sekadar sebuah negeri, tetapi PRU adalah negara.

Apa guna menang negeri jika gagal di pusat.

Sebab itu, ultra kiasu tidak berapa obses sangat dengan negeri, walaupun tidak dinafikan kepentingannya.

Persoalan yang lebih besar yang perlu difikirkan adalah masa depan politik Melayu Islam dalam jangka panjang. Bukan sekadar untuk menang PRU15. Apa erti menang untuk lima tahun, tetapi agama, bangsa dan negara tidak terbela  untuk 50 tahun.

Cuba kira berapa banyak tanah kepunyaan Melayu yang tinggal, tidak termasuk tanah rizab Melayu. Hutan-hutan diterokai menjadi tanah ‘Musang King’ menjadi milik siapa. Ini tidak termasuk balak-balak yang hilang. 

Kadangkala saya naik ngeri menelurusi sepanjang lebuh raya dan jalan seluruh negara, daripada Gua Musang, Lipis, Raub, Bentong dan seterusnya, milik siapakah tanah-tanah itu. Masih banyakkah milik Melayu. Begitu juga perjalanan udara, melihat pemandangan daripada KLIA ke Terengganu. Melihat tanah-tanah hutan digondolkan sehingga menjejaskan alam sekitar. Milik siapakah itu? Semua menjadi tanda tanya.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah