Kenapa Naib Canselor UUM yang popular ini dipendekkan perkhidmatannya?

Kenapa Naib Canselor UUM yang popular ini dipendekkan perkhidmatannya?

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah dipendekkan tempoh perkhidmatannya di universiti itu.

Beliau yang mula bertugas sebagai Naib Canselor pada 17 Jan 2022 akan ditamatkan perkhidmatannya pada pada 18 Jan 2023.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat baktinya,” kata satu kenyataan daripada KPT pada Selasa.

Bagaimanapun, sebab-sebab masih tidak dinyatakan kepada umum.

“Untuk sebab-sebab itu, menteri sendiri yang akan umumkan bila ada sidang media,” kata pejabatnya apabila dihubungi Sumberkini.