Kenapa sekarang sibuk nak bersirim-sirim? Jaafar Onn beri kritikan pedas kepada kerajaan

Kenapa sekarang sibuk nak bersirim-sirim? Jaafar Onn beri kritikan pedas kepada kerajaan

Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang mempersoalkan mengapa sesetengah pihak suka menyusahkan rakyat yang memang sudah tersepit disebabkan pandemik C0v!d-19

Petaling jaya, Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), pelakon dan pengacara senior, Jaafar Onn melahirkan rasa kecewanya.

“Ada ke pula sekarang nak pakai pelitup muka kena ada cop SIRIM. Apa bendalah semua ini.

“Menyusahkan orang. Selama ni tak payah pun, kenapa pula sekarang ini ‘bersirim-sirim’?,” getus Jaafar.

“Ini semua nak buat bisnes agaknya, kau ingat apa? Kau ingat orang Malaysia ini kaya-raya? Asyik nak kenakan duit, duit, duit. Orang nak cari duit pun susahlah.

Menyebelahi nasib rakyat yang terkesan disebabkan pandemik, pelakon filem televisyen, 18 Puasa Di Kampong Pisang itu menegaskan, selama ini tiada cop SIRIM namun semuanya berada dalam keadaan tidak mendatangkan mudarat.

“Apa bendalah nak kena cop SIRIM bagai, selama ini yang kita pakai dah tiga tahun tiada pun cop SIRIM ke apa, tiada apa-apa pun (jadi).

“Mati lagi ada lah. Apo lahai. Bodh punya kerja. Assalamualaikum,” ujar Jaafar menerusi satu muat naik video dalam T!k.Tok.

Hari ini, media melaporkan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.

Kerajaan tangguh penguatkuasaan ‘face mask’ SIRIM

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexender Nanta Linggi, perkara itu diumumkan ekoran reaksi orang awam termasuk pihak industri terbabut.

“Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan.”

“Demi keselamatan pengguna”

Tempoh itu diperuntukkan bagi membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Tegasnya, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.

Tempoh itu diperuntukkan bagi membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Tegasnya, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.