Kenyataan Mamasab terkeluar dari Islam, wajib bertaubat dan bersyahadah
Isu melibatkan seorang usahawan wanita yang mengatakan “Allah itu makhluk halus” telah membuatkan ramai orang Islam mula membuka mata. Apa sahaja perkara yang cuba menyamakan Allah dengan sesuatu adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Walaupun usahawan wanita berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi masih ada beberapa perkara perlu dilakukannya. Untuk pengetahuan, isu ini turut menarik perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila seorang individu menunjukkan rakaman video yang tersebar.
Wajib dia bertaubat dan bersyahadah
Ada pihak menunjukkan 1 rakaman video kpd saya yg sseorang mngucapkan "Tuhan juga adalah makhluk halus".
Saya ingin tegas jika ungkapan ini disebutkan oleh sseorang yg faham maksudnya dalam keadaan sedar, mk pengucap itu terkeluar drpd Islam. Wajib dia bertaubat dan bersyahadah— Dr MAZA official (@realDrMAZA) December 15, 2021
Kepentingan mengenali Allah SWT
Melihat dari penulisan portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini ada mengulas tentang kepentingan mengenali Allah SWT. Allah SWT berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.”
(Surah al-Zariyat: 56)
Mengetahui kewujudan Allah SWT adalah membenarkan kewujudan-Nya tidak sebagaimana kelompok al-Dahriyyah al-Mu’attilah yang menyatakan bahawa alam ini wujud tanpa pencipta. Firman Allah SWT:
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.”
(Surah al-Jathiyah: 24)