Kerajaan akan denda RM100 ribu kalau tak pakai mask, ini mengarut!

Kerajaan akan denda RM100 ribu kalau tak pakai mask, ini mengarut!

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebagai ‘kerja mengarut’.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu, turut mempersoalkan sama ada pelaksanaan pindaan akta yang mengenakan hukuman lebih berat kelak, akan bersifat antara dua darjat.

“Sebelum ini denda rakyat RM10K (atau lebih) sebab tak pakai mask. Sekarang kerajaan usul TAMBAH lagi denda sebab peruntukan sekarang tak cukup??

“Jadi rakyat boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 7 tahun kalau gagal pakai mask. Kerja mengarut apa ni?,” soalnya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, ketika penganjuran ‘Hari Keluarga Malaysia’ denda yang dikenakan terhadap penganjur kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) hanya RM1,000.

“Hari perlancaran Jentera Pilihanraya BN, kena denda RM10,000 lump sum sahaja.

“Rasanya kalau tambah denda jadi RM100,000 ni, program kerajaan kena denda sekali tak? Atau terus dua darjat menghukum rakyat sahaja?,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pindaan Rang Undang-Undang Akta 342 (2021) amat penting dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar SOP ditetapkan terutama melibatkan syarikat.

Ujarnya, sejak Ordinan Darurat digunakan sebelum ini, banyak kes kesalahan berulang melibatkan kluster di syarikat-syarikat tertentu.

“Ini kita kena lihat supaya boleh tingkatkan amaun dan kadar kompaun tersebut,” jelasnya.

Dr Noor Hisham berkata, menerusi pindaan baharu Akta 2021 itu dijangka dapat memberi pengajaran dalam mencegah dan mengawal Covid-19.