Kerana cabul dan seks sejenis, Ustaz ini ditahan

Kerana cabul dan seks sejenis, Ustaz ini ditahan

Seorang selebriti lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber, suspek yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada Khamis (8 September) dan kini direman enam hari sehingga Rabu, 14 September untuk siasatan lanjut.

“Selebriti berusia lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak-kanak dan remaja bawah umur. Mangsa-mangsa ini terdiri dalam kalangan belasan tahun.”

Kata sumber kepada Sinar Harian

Berstatus pendakwah

Memetik laporan Boom, selebriti berkenaan yang juga berstatus pendakwah terkenal ditahan selepas beberapa mangsa yang dipercayai dicabul lelaki berkenaan datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor.

“Berdasarkan laporan mangsa-mangsa, semuanya adalah kenalan suspek dan si pelaku memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Disebabkan trauma, mereka laporkan kejadian yang berlaku kepada polis,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.