Kerana jaga dalam pantang, isteri hadiahkan suami Lamborghini

Kerana jaga dalam pantang, isteri hadiahkan suami Lamborghini

Usahawan muda, Anes Ayuni Osman sebelum ini sudah beberapa kali menjadi bualan ramai gara-gara berbelanja mewah membeli kereta, barang keperluan bayi dan sebagainya.

Terbaru, wanita yang sedang sarat hamil ini sekali lagi diperkatakan apabila menghadiahkan suami kereta mewah Lamborghini sebagai ganjaran menjaganya ketika berpantang.

Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berpantang.

Bakal ibu berusia 19 tahun ini turut meluahkan rasa syukur kerana rezeki tidak pernah putus sejak berkahwin dan suami menjaganya dengan baik sepanjang hamil.

Saya beri hadiah awal-awal sebab masa berpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.

Dia yang dijangka bersalin secara pembedahan mengharapkan suami sentiasa ada di sisi dan menjaga bayi siang malam.

Ibu-ibu pasti tahu sakitnya selepas bersalin ‘czer’. Jadi saya mahu lebih perhatian daripada suami.

Suaminya juga harus ‘berkampung’ di rumah ibu bapanya sepanjang tempoh 100 hari berpantang.

Wah, bukan biasa-biasa hadiah untuk suami ni kan? Kereta mewah harga RM2 juta tu. Apa-apa pun semoga urusan bersalin dipermudahkan.

@ayunieso24

#ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk

♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band