Kerana minta air, jiran hayun kapak dan bunuh bayi

Kerana minta air, jiran hayun kapak dan bunuh bayi

Hanya kerana datang meminta air minuman, seorang lelaki tergamak membunuh bayi jirannya di Kampung Ranta Benuang Sakti, Rokan Hulu.

Lapor Utusan, kejadian berlaku apabila anak jirannya datang ke rumah dan meminta air minuman untuk ibunya disebabkan air di rumah masih panas.

Selepas berasa berang dengan permintaan itu, pelaku terus keluar rumah dan memarahi jirannya.

Lelaki itu bertanyakan soalan sama ada di rumah tidak mempunyai air sehingga perlu meminta kepada dirinya.

Wanita itu sekali lagi memaklumkan, air di rumahnya masih panas.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, tertuduh pergi berjumpa suami mangsa yang sedang memasang tayar di motosikal.

“Tidak ada air rupanya kalian,” soal lelaki itu.

“Air kami masih panas,” jawab jirannya.

Tiba-tiba, lelaki itu berang dengan jawapan tersebut dan bertanyakan apakah maksudnya sambil mengambil sebilah kapak yang berada di motosikal tersebut.

Dia kemudian mengayunkan kapak itu, namun tidak mengenai jirannya.

Melihat kejadian itu, isteri mangsa berlari ke dalam rumah.

Suspek mendatangi rumah mangsa sambil mengayunkan kapak ke pintu rumah beberapa kali yang terkunci.

Wanita itu berusaha melarikan diri dari rumahnya dan terlupa bayinya masih berada di dalam rumah

Ketika itu, pelaku mengambil bayi berusia tujuh bulan yang sedang tidur dalam buaian dan mundar-mandir di hadapan rumah itu.

Lelaki itu kemudian membakar dua motosikal milik jirannya sebelum membunuh bayi tersebut.

Dia kemudian melarikan diri ke arah belakang rumah sebelum ditangkap oleh penduduk setempat.