Kerana suami tak mampu beli baju raya anak, isteri nekad bakar diri

Kerana suami tak mampu beli baju raya anak, isteri nekad bakar diri

SEORANG wanita di Narowal, Pakistan nekad cuba untuk membunuh diri dengan membakar diri selepas menyiram petrol pada diri sendiri.

Dalam kejadian pada Isnin itu, ibu kepada lima cahaya mata itu dilaporkan bertindak sedemikian kerana berang suaminya tidak mampu membelikan persiapan raya buat anak-anak.

Ia juga berlaku berikutan faktor kemiskinan yang melanda negara itu yang mendorong kepada golongan wanita (isteri) bertindak membunuh diri.

Berdasarkan laporan media tempatan, si ibu dan suaminya sebelum itu bertengkar tentang perbelanjaan Aidilfitri buat keluarga mereka.

Wanita berkenaan dikatakan mahu membelikan pakaian baru buat anak-anaknya, bagaimanapun suaminya tidak membenarkannya kerana kerana dia tidak mampu.

Kecewa dengan kemiskinan keluarganya, wanita berkenaan bertindak menyiram dirinya dengan petrol sebelum membakar diri sendiri.

Dia bagaimanapun sempat diselamatkan,namun berada dalam keadaan kritikal dengan 80 peratus badannya melecur dimamah api.

Dia kemudian dibawa ke hospital Lahore untuk mendapatkan rawatan lanjut.