Kereta Myvi ini curi tumpuan, relax je tarik lori rosak

Kereta Myvi ini curi tumpuan, relax je tarik lori rosak

 

Hampir setiap bulan pasti ada saja kereta Myvi akan dirakam melakukan ‘aksi luar biasa’ sehingga tular menjadi bualan orang ramai selama beberapa hari.

Baru-baru ada seorang pengguna jalan raya telah terserempak sebuah kereta Myvi dan merakam kereta tersebut sedang ‘selamba’ menarik sebuah lori dipercayai rosak dibelakangnya, memetik portal Vocket.

@affendiderus

KepitDap!!!

♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf

Video yang mula tersebar itu telah meraih satu juta tontonan di platform TikTok dan ribuan perkongsian oleh pengguna-pengguna Facebook. Walaupun saiz kereta Myvi itu lebih kecil, namun ia tidak menghalangnya untuk menarik lori tersebut.

Ternyata aksi kereta itu membuat orang ramai tertanya-tanya, adakah Myvi dibina untuk pelbagai kegunaan buat pembeli kereta model ini. Pada tahun ini saja orang ramai pernah merakam Myvi ‘terbang’ melepasi longkang besarmasuk jalan off-road dan ‘panjat’ naik tebing bukit.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AFFENDIDERUS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AFFENDIDERUS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AFFENDIDERUS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AFFENDIDERUS

Siapa sangka model kereta yang diperkenalkan oleh Perodua pada tahun 2005 menjadi salah satu kenderaan utama rakyat Malaysia sehingga ke hari ini dan telah membuktikan ‘keupayaan sebenar’ kereta tersebut.

Untuk pengetahuan semua, jualan Myvi telah mencecah 1 juta unit pada tahun 2017 lalu dan model tersebut turut dijual di beberapa buah negara luar seperti United Kingdom, Fiji, Brunei dan Singapura.