Kereta PDRM baharu: Jangan lupa naik taraf IPD dhaif
Alhamdulillah, tular di media sosial tentang PDRM mendapat aset-aset baru yang berkuasa tinggi yang bakal digunakan dalam mengiringi VVIP-VVIP di Malaysia.
Melihat kepada perolehan ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak berasa bangga yang mana ia disifatkan dapat memberi nilai tambah kepada PDRM dalam menjalankan tugasnya.
Justeru itu dalam semangat Keluarga Malaysia Pemuda Amanah Negeri Perak mencadangkan agar perolehan aset-aset ini dipanjangkan ke IPK, IPD dan Balai-Balai Polis yang lain agar mereka dapat menggunakan aset yang lebih sempurna dalam menjalankan tugas mereka.
Disamping itu Pemuda Amanah Negeri Perak menggesa agar pihak kerajaan dapat menaiktaraf beberapa IPD di Negeri Perak agar mereka punya cukup anggota, perjawatan dan kelengkapan sepanjang mereka menjalankan tugas.
Sesungguhnya tugas setiap anggota Polis adalah sama penting walaupun di mana mereka ditempatkan bagi memastikan keamanan negara kekal terpelihara.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak