Kes putus kawan meningkat akibat tidak mahu vaksin

Kes putus kawan meningkat akibat tidak mahu vaksin

Satu tinjauan terhadap 1,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) pada September mendapati satu daripada tujuh responden sanggup memutuskan hubungan persahabatan mengenai status vaksinasi Covid-19.

Tinjauan yang dilakukan oleh syarikat penyelidikan pemasaran, OnePoll Research mengenal pasti alasan kenapa individu sanggup memutuskan hubungan tersebut semasa pandemik, lapor Utusan.

Berhubung soalan mengenai vaksinasi, tinjauan mendapati sebanyak 66 peratus kehilangan kawan mengenai status sudah divaksin, sementara 17 peratus tidak bercadang langsung mengambil suntikan tersebut.

Baki 14 peratus pula sanggup memutuskan hubungan persahabatan akibat enggan mengambil suntikan vaksin.

Sebanyak 97 peratus individu yang sudah divaksin menamatkan hubungan sebagai kawan kerana beranggapan bekas rakan mereka sebagai ‘anti-vaksin’ yang tidak pernah memahami kepentingan vaksin yang terbukti selamat dan berkesan.

Tinjauan sama turut bertanyakan soalan kepada individu yang tidak menerima suntikan vaksin.

Kebanyakan mereka berkata ia adalah hak peribadi dan selebihnya menzahirkan ketidakpercayaan terhadap vaksin yang berpotensi menyebabkan kesan sampingan.