Kisah Mr Os yang ramai tak tahu, mungkin anda akan terkejut lepas baca ni

Kisah Mr Os yang ramai tak tahu, mungkin anda akan terkejut lepas baca ni

Kisah Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih di kenali Mr Os yang ramai tak tahu.

1. Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

2. Bayangkan ada 20 orang naik teksinya dalam sehari. Tiap seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah. Dalam sehari jumlah dermanya boleh cecah RM100.

Ini dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek dalam salah satu siri ceramahnya.

3. Anaknya, Dr. Syafiqah Hayra menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir berkat susah payahnya menjadi pemandu teksi.

4. Antara kata-kata yang paling ‘inspiring’ daripada Mr Os yang saya baca sebelum ini:

“Sejak saya jadi pemandu teksi, dapat hantar anak belajar kedoktoran di Mesir. Berapalah sangat pendapatan jadi pemandu teksi. Tekan RM3, dapat RM3.”

Tapi kalau kita redha dengan rezeki Allah beri, RM3 insha Allah jadi RM3,000. RM3,000 jadi RM300,000. Dan seterusnya berganda.”

5. Saya yakin anaknya dibesarkan dengan kasih sayang dan agama yang kuat. Apa kata anaknya membuatkan saya sebak.

“Saya berniat pahala sepanjang berkhidmat jadi doktor ini diberikan kepada ibu dan abah saya.”

Allahyarham Mr Os telah kembali ke rahmatullah pada 5 April 2016. Beliau seharusnya layak diletak sebaris dengan lagenda artis tanahair.

Walaupun pernah menang Maharaja Lawak bersama Abon tahun 2012, dia tetap teruskan jadi pemandu teksi. Hadiah kemenangan masa itu berjumlah RM350,000.

Teringat dengan pesan Allahyarham ayahanda saya ketika beliau masih hidup, “Jangan malu kalau hidup terlihat miskin. Tapi malulah ketika kita pura-pura kaya.”

Semoga kisah hidup seniman Mr Os menjadi ikutan dan contoh artis-artis kita di Malaysia. Mari sama-sama kita sedekahkan pahala surah Al Fatihah kepada Allahyarham.

Hafizul Hakim