Kisah pelajar di Malaysia, beronani dan liwat sesama kawan di sekolah
Beberapa minggu ni, macam-macam kes jugalah saya dapat. Kadang termenung memikirkan macam mana nak bantu budak-budak zaman sekarang ni.
“Akhi tau tak, ada budak kami yang rakam video dia beronani. Perempuan pulak tu. Lepas tu dia share pada budak lelaki. Budak lelaki ni pulak share pada kawannya yang lain.
Kami kaunselor ni tak tahu nak buat macam mana dah. Parents budak tu pun dah tahu. Lagipun ni bukan kali pertama berlaku. Ingatkan lepas kantoi kali pertama dulu, dah insaf. Tapi rupanya lebih ‘hebat’ video kali ni dia buat.”
Luah seorang guru kepadaku.
Tarik nafas panjang-panjang aku masa ni. Sex addiction ni benda real. Dia tak jadi tiba-tiba. Semua bermula dari awal.
Awalnya terjebak dengan pornografi sahaja, tapi lama kelamaan dopamine akan memacu individu berkenaan bertindak dengan lebih dari biasa. Apatah lagi jika dah mula terjebak dari sekolah rendah.
Cerita pasal budak sekolah rendah, teringat pula aku kes 2 orang budak lelaki darjah 5 yang buat benda tak senonoh di tandas sekolah.
Saat berhadapan kedua budak ni, aku minta mereka share macam mana sampai jadi macam tu.
Maka, seorang dari mereka pun berkongsi,
“Dia datang kat saya. Lepas tu dia cakap nak buat benda sus tak. Lepas tu saya ikut jelah dia ke tandas.”
Ya, perkataan ‘sus’ tu memang biasa sangat di sebut oleh budak-budak zaman sekarang. Sus, sebutan dia sas. Ikutkan maksud dia tak ada kaitan dengan unsur-unsur seksual. Ia term yang biasa diguna dalam permainan video game online.
**sus – giving the impression that something is questionable or dishonest; suspicious.
“it’s a little sus that he seems to know exactly how to play this game”**
Tapi entah kenapa budak-budak faham sus itu ke arah lain.
Lalu, budak tu pun sambung kembali.
“Lepas tu dia buat kat saya. Saya pula buat kat dia.”
Seorang lagi mengiyakan.
Mesti kau orang tertanya-tanya kan ‘buat’ apa sebenarnya di dalam tandas tu.
Jawapannya adalah mereka meliwat antara satu sama lain. ðŸ˜
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Siasat punya siasat, puncanya lebih kurang sama seperti kes pelajar perempuan tadi. Terangsang selepas menonton video lucah.
Yang seorang tu mengaku tengok dari darjah 1. Yang seorang lagi katanya baru tengok sekali. Tapi terus rasa nak buat.
Tapi kan perkara paling aku sedih sekali adalah saat kedua budak ini bercerita, tiada langsung raut wajah sedih atau takut.
Keduanya seolah tiada perasaan. Entahlah.
Jadi, ruang masa yang ada aku nasihat mereka baik-baik, tunjukkan pada mereka gambar jangkitan penyakit kelamin dan kerap merujuk kaunselor di sekolah.
Sebelum mereka keluar dari bilik berkenaan, aku peluk kedua mereka, diusap-usap belakang badannya dan mendoakan mereka.
Raut wajahku nampak tenang sahaja. Namun dalam jiwa menangis mengenangkan anak-anak ini.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Semoga Allah bantu generasi kita. Amin Ya Rabb.