Kisah pembunuhan kejam yang tidak boleh lupa, nombor 3 paling ngeri

Kisah pembunuhan kejam yang tidak boleh lupa, nombor 3 paling ngeri

 

Sumpah meremang bulu roma bila baca semula kes-kes pembunuhan kejam yang pernah berlaku di Malaysia. Ada yang dibunuh, dibakar, dikerat badannya dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak kes pembunuhan di Malaysia, antara 4 kes pembunuhan ini paling kejam sekali! Nak lebih ngeri, kamu boleh baca kes pembunuhan kejam di no.3.

#1 Mona Fendy 

Pembunuhan kejam terhadap ADUN Batu Talam, Mazlan Idris ini dirancang awal oleh Mona Fendy, suaminya (Afendi) dan pembantu (Juraimi) setelah lubang di stor telah dikorek seminggu sebelum kejadian. Motif pembunuhan disebabkan oleh ketamakkan harta dan wang ringgit.

Sebelum Mazlan dibunuh, ahli politik itu dipujuk untuk mengeluarkan wang hampir RM300K dari beberapa bank ibu negara. Mona yang memberitahu wang tersebut boleh digandakan dan mangsa perlu mandi bunga untuk kekebalan serta kukuhkan kedudukan dalam bidang politik.

Ketika menjalankan upacara mandi bunga tersebut, Mona dikatakan meminta mangsa baring di bilik air dengan mata yang tertutup. Mangsa dipercayai telah ditetak di bahagian kepada sebanyak 3 kali sehingga putus sebelum mengerat badan kepada 18 bahagian. Kemudian beberapa bahagian kulit mangsa dilapah.

Selepas 2 minggu siasatan dan Juraimi disoal siasat oleh pihak polis, Mona dan Afendi telah diberkas. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

#2 Nurin Jazlin 

Kanak-kanak berusia 8 tahun telah dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut pada 20 Ogos 2007. Selepas berminggu-minggu disiasat, pihak polis menjumpai rakaman CCTV yang menunjukkan mangsa diheret ke dalam sebuah van putih pada hari kejadian.

Kemudian pada 17 September 2007, seorang lelaki bermotosikal telah meninggalkan sebuah beg sukan di sebuah rumah kedai di Petaling Jaya. Pemilik kedai tersebut mendapati beg tersebut mengandungi sebuah mayat kanak-kanak keadaan berbogel.

Menurut laporan bedah siasat, mangsa didera secara seksual di mana timun dan terung disumbatkan ke dalam kemaluan sehingga rektum pecah. Mangsa juga mengalami penderaan yang teruk sehingga beberapa bahagian badan terkoyak dan dijangkiti kuman sehingga meragut nyawa.

Pihak polis kemudiannya telah menahan 4 orang lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan tersebuttetapi mereka dibebaskan kerana kekurangan bukti. Untuk makluman, kes ini masih dibuka sehingga hari ini kerana kekurangan petunjuk yang kukuh. Pihak polis tidak dapat menyelesaikan misteri lelaki bermotosikal dan van putih yang menyebabkan kematian Nurin Jazlin.

#3 Datuk Sosilawati Lawiya 

16 September 2010, Datuk Sosilawati, pemandu (Kamaruddin Shamsudin), peguam peribadi (Ahmad Kamil Abdul Karim) dan pegawai bank Kampung Baru (Noorhisham Mohammad) telah menjadi mangsa pembunuhan di ladang ternakan ayam di Tanjung Layang, Morib.

Kejadian ini berlaku selepas Datuk Sosilawati ke Banting, Selangor untuk membincangkan urusan pembelian tanah pada 30 Ogos 2010. Kehilangan keempat-empat mangsa menjadi misteri sehinggalah seorang peguam (N. Pathmanabhan) dan 3 adiknya telah ditahan bagi membantu siasatan. Hasil soal siasat mereka membawa polis ke sebuah pusat ternakan ayam dikelilingi ladang kelapa sawit.

Di sana, polis menemui tempat pembakaran, kesan dan bau penggunaan petron serta sisa pembakaran iaitu sisa mayat. Keempat-empat suspek ini dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah.

Kronologi pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa:

  • Dipukul tanpa belas kasihan menggunakan kayu kriket dan senjata tumpul.
  • Kemudian tangan mangsa diikat menggunakan dawai.
  • Mangsa ditikan dengan menggunakan senjata tajam sehingga mati.
  • Ada mangsa yang dikerat badannya sebelum dibakar.
  • Suspek melumurkan tahu lembu di badan mangsa untuk mempercepatkan proses pembakaran.
  • Mayat kemudiannya dibalut dengan zink, dicurahkan dengan petrol dan dibakar.
  • Abu mangsa dikumpulkan dalam guni dan senjata turut dibuang ke Sungai Panchau.

#4 Altantuya Shaariibu 

18 Oktober 2006, seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu telah diculik dan dibunuh dengan kejam. Mangsa dikatakan ditembak di bahagian kepala menggunakan senjata automatik sebelum diletup dengan bahan letupan gred tentera (C-4) yang diikat pada badan.

Kes pembunuhan berprofil tinggi ini melibatkan soerang pengalisis politik, Abdul Razak Baginda yang rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Sehari sebelum mangsa dibunuh, Altantuya telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatan dan nyawanya. Abdul Razak Baginda kemudiannya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Dia juga mendakwa mangsa sering menganggu dan mengugut.

Dalam laporan tersebut, mangsa berkata:

“Saya hanya seorang gadis biasa cuba untuk bertemu kekasih saya yang berbohong kepada saya, yang menjanjikan banyak perkara tetapi kini mahu meletakkan saya dalam penjara atau membunuh, mungkin salah saya untuk memeras ugut beliau tetapi saya mempunyai masalah saya sendiri kerana pembohongan beliau. Jika sesuatu berlaku pada saya, sila semak dengan orang ini.”

Sepanjang perbicaraan kes ini, 2 anggota Unit Elit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah kerana bukti fizikal dijumpai di dalam kereta dan rumah Sirul. Serta akaun kedua-duanya hadir di hotel mangsa dan di luar rumah Abdul Razak Baginda pada malam kejadian.

Azilah dan Sirul dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dan pihak pendakwa berjaya membatalkan pembebasan dan memutuskan mereka bersalah kerana membunuh dan dijatuhuki hukuman mati. Sehingga hari ini motif pembunuhan masih tidak diketahui walaupun ketiga-tiga mahkaman telah membicarakan kes tersebut.

Memang menakutkan apabila baca kisah-kisah pembunuhan kejam ini. Sebagai seorang yang waras, memang tak terfikir langsung strategi dan niat untuk membunuh seseorang seperti itu.