Kisah sedih malam terakhir P Ramlee di dunia ini, ramai tidak tahu kisah ini
Pada 28 May tahun 1973 masihi, kira-kira tepat pada jam 9.00 malam, al-marhum Tan Sri P.Ramlee duduk termenung di suatu sudut di rumahnya, sambil memetik bibir meja seolah-olah beliau sedang memikirkan sesuatu. Disaat itu, beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya terus menuju ke telefon lalu membuat panggilan kepada seseorang.
“Bolehkah kita berjumpa malam ini di Shah Motel, kerana saya ingin berbincang dengan saudara mengenai skrip filem Azizah yang saudara tulis itu”.
Namun Disebabkan ada perkara yang lebih penting, individu itu tidak dapat bertemu Al-marhum Tan Sri P.Ramlee pada malam itu dan meminta untuk bertemu dengannya pada keesokkan harinya dan Al-marhum Tan Sri P.Ramlee juga bersetuju. Sebelum mengakhiri perbualan, Al-marhum Tan Sri P. Ramlee sempat menyanyikan lagu Azizah buat temannya itu.
Lagu Azizah merupakan lagu pertama yang dicipta oleh al-marhum Tan Sri P.Ramlee sejak di Pulau Pinang. Lagu itu sangat dekat dengan sejarah hidup beliau, maka dengan itu Al-marhum Tan Sri P Ramle bercadang untuk meriwayatkan lagu tersebut di layar perak.
Pada waktu subuh keesokan harinya, kira-kira pada jam 5.30 pagi, sekali lagi telefon rumah teman Al-marhum Tan Sri P.Ramlee itu berdering. Namun kali ini bukan panggilan dari al-marhum Tan Sri P.Ramlee, tetapi ia panggilan dari Saloma yang memaklumkan bahawa al-marhum Tan Sri P.Ramlee telah meninggal dunia.
“Encik Osman, abang Ramlee sudah tiada!”.
Apabila mendengar sahaja perkhabaran itu, beliau iaitu Encik Osman terus menjadi bingung seolah-olah tidak percaya, kerana baru sahaja malam semalam beliau bercakap dengan al-marhum Tan Sri P.Ramlee melalui telefonnya.
Begitulah catatan dari Osman Abadi atau nama sebenarnya Osman Mahmud Baginda, bekas Ketua Pengarang Kumpulan (Majalah) Utusan Melayu. Osman Abadi pernah terlibat di dalam dua buah filem arahan P. Ramle iaitu Gelora dan Putus Sudah Kaseh Sayang sebagai penulis cerita dan skrip.
Walaupun terkenal dengan bakat luar biasanya di dalam dunia seni, sehingga digelar bapa perfileman Melayu, namun ramai yg tidak tahu bahawa Al-marhum P Ramlee juga merupakan seorang penuntut ilmu agama kepada seorang ulama silam terkenal di tanah Melayu iaitu Sheikh Abdullah fahim ..
Al-Marhum Tan Sri P. Ramle meninggal dunia pada 29 May tahun 1973 masihi, jenazahnya dimakamkan di tanah perkuburan Islam jalan Ampang, di ibukota Kuala Lumpur.