Kisah tapak seram di UPSI, pernah temui 100 mayat manusia

Kisah tapak seram di UPSI, pernah temui 100 mayat manusia

 

Bagi yang tak tahu, tahun lepas genap 100 tahun sambutan penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sudah melalui empat jenis era.

Terletak di Tanjung Malim, Perak, universiti ini yang dahulunya maktab ini telah siap dibina pada 1922 dan reka bentuk bangunannya pula dikatakan berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan.

41663979183 Laluanwarisansejarah

Jadi korang bayangkanlah betapa lama universiti ini dan sejarah apa yang telah dilaluinya, termasuklah ketika zaman pendudukan Jepun tidak lama dulu kan?

“Lebih 100 mayat dijumpai, tapak terseram UPSI”

Pun begitu, menerusi sebuah perkongsian di TikTok, pengguna akaun berkenaan mendedahkan bahawa pada tahun 1948, lebih 100 mayat dan tulang-temulang manusia ditemui di sebuah tapak di UPSI.

Tapak berkenaan difahamkan merupakan tapak hukuman pancung dan markas tentera Jepun ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dulu.

Video berkenaan juga mendedahkan bahawa ketika semester baru bermula di maktab berkenaan selepas selesai Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, pihak terbabit telah melakukan pembersihan dan menemui ratusan mayat bergelimpangan serta tengkorak manusia tertanam di belakang padang kecil Muzium Pendidikan UPSI ini.

Muzium itu juga kemudian telah diguna pakai semula dan ia kini menjadi ‘Laluan Warisan Sejarah UPSI’ sebagai pembelajaran sejarah untuk orang ramai.

“Pelajar nampak askar Jepun berkawad ”

Perkongsian terbabit mendapat pelbagai respon daripada netizen yang menceritakan pengalaman seram yang pernah mereka alami ketika menuntut di UPSI.

Namun tidak semua juga mengakui berhadapan dengan pengalaman yang serupa dan bersyukur tidak melalui perkara tersebut ketika belajar hingga lewat malam di kawasan berdekatan tapak berkenaan.

Askar Jepun 1

Bagus juga kita kenali sejarah di sebalik bangunan dan tempat-tempat di negara ini. Seram tu seram tapi menariklah untuk kita ketahui. 

@nisa_rinaa

Sumber ? Boleh tengok sejarah ni di papan hijau dalam video ini, Projek “Laluan Warisan Sejarah UPSI” yg disediakan oleh Muzium Pendidikan UPSI sebagai salah satu inisiatif utk memelihara dan memulihara sejarah UPSI. Patutlah tiap kali kelas sini, semua kelas perlu dikosongkan sebelum pukul 5 ptg. Balik dari Muzium pun demam terus hahaa #fypp #fyp #foryouu #foryoupage

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV