KJ perlekeh rakyat yang tak mahu booster, anggap rakyat percaya konspirasi sampah
MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca cerita konspirasi ‘sampah’ mengenai dos penggalak atau ‘booster’ Covid-19 di media sosial.
Beliau berkata keberkesanan dos penggalak terbukti memberi perlindungan terbaik daripada kematian dan gejala serius wabak Covid-19.
“Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron. Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.
“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB (Facebook). Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.