Konon dah taubat join Tabligh, Shuk kantoi pergi rumah kekasih?

Konon dah taubat join Tabligh, Shuk kantoi pergi rumah kekasih?

Rasanya ramai yang pernah terdengar mengenai kisah pergelutan rumah tangga Shuk Sahar disebabkan orang bertiga bernama Fara.

Meskipun dua kali disebut orang ramai, pelawak itu telah memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, Rossalennah Natassyiah dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, timbul cerita tidak enak baru-baru ini apabila Fara seperti memberi bayangan bahawa lelaki itu kembali mencarinya.

shuk sahar

Daripada Instagram Story yang dimuat naik namun dipadam tak lama kemudian, Fara meluahkan rasa geram kerana sering dicari oleh lelaki berkenaan, lapor Oh Media.

Meskipun tidak menyebut nama, namun klu diberi iaitu ‘pergi tabligh’ sepertinya menunding ke arah Shuk kerana pelawak itu baru-baru ini dikhabarkan ada menyertai acara tabligh.

Daripada susuk badan lelaki misteri itu juga, ramai yang menebak bahawa ia kelihatan sama dengan Shuk.

Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi mengenai hal ini, sama-sama kita nantikan sekiranya ada perkembangan lanjut.