Kontroversi! Ini 7 filem adegan lucah yang masih diingati ramai

Kontroversi! Ini 7 filem adegan lucah yang masih diingati ramai

RAMAI yang memperkatakan tentang adegan panas dalam drama Perempuan Itu meskipun ia masih belum ditayangkan di kaca televisyen.

Adegan mengghairahkan itu sememangnya mengundang rasa tidak senang rakyat tempatan yang menyifatkan ia sebagai melampaui batas norma kesopanan dan kesusilaan di Malaysia.

Malah, pelakonnya, Zul Ariffin dan Siti Hariesa turut mendapat kecaman hebat netizen yang mengecam adegan itu.

Hakikatnya, sebelum tularnya drama Perempuan Itu, ada beberapa karya di Malaysia yang pernah menjadi sebutan ekoran adegan ‘panas’ repertoir berkenaan.

Adegan tersebut turut mengundang pelbagai kecaman selepas ia ditayangkan memandangkan ketika itu tiada konsep promosi di media sosial.

Untuk menyingkap sejarah adegan ‘panas’ tersebut, Majoriti menyenaraikan beberapa filem yang pernah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sebelum ini.

1. Isabella (1990)

ADEGAN bercium Amy Search dan pelakon wanitanya, Nia Zulkarnaen mencetuskan kontroversi semasa filem ni ditayangkan.

Bukan sahaja lagunya popular, filem Isabella turut menjadi sebutan ramai ketika itu apabila terdapat adegan yang mencetuskan perbualan hangat ramai.

Filem lakonan Amy Search ini menjadi tumpuan apabila ada adegan bercium dengan pelakon wanitanya, Nia Zulkarnaen yang juga merupakan aktres dari Indonesia.

2. Gelora Cinta (1992)

FILEM ini turut diperkatakan kerana adegan cium yang dipotong oleh LPF.

Sekali lagi adegan cium menjadi perbahasan hangat rakyat apabila filem kolaborasi Malaysia-Indonesia ini turut ditampilkan.

Adegan itu memaparkan pelakon utama Imuda dan Nurul Ariffin bercium di tepi pantai, bagaimanapun babak itu dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

3. Perempuan, Isteri dan…. (1993)

SOFIA Jane sangat seksi apabila hanya berkemban dalam beberapa adegan dalam filem ini.

Filem lakonan Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan ini mencetus pelbagai reaksi peminat filem apabila isu berkemban menjadi bualan hangat ketika itu.

Tidak dinafikan aktres jelita, Sofia Jane sangat seksi apabila hanya berkemban dalam beberapa adegan dalam filem berkenaan.

4. Lenjan (1998)

LAKONAN Rosyam Nor sebagai perogol bersiri mengundang pelbagai reaksi penonton.

Karya lakonan Rosyam Nor, Eman Manan dan Nina Juren ini merupakan filem yang hangat diperkatakan ketika ia ditayangkan.

Filem ini ini berkisarkan tentang perogol bersiri dan terdapat beberapa aksi panas yang mebuat ramai penonton berasa tidak senang duduk dibuatnya.

5. Embun (2002)

BABAK rogol Allahyarham Izi Yahya dan Umie Aida menjadi topik hangat semasa fiem ini ditayangkan.

Di sebalik tema patriotisme, filem Embun pernah mencetus kontroversi ‘panas’ menerusi lakonan watak jahat lakonan Allahyarham Izi Yahya.

Adegan rogol dalam filem tersebut menjadi sebutan apabila Izi Yahya mendedahkan dia diarahkan berbogel demi jalan cerita.

Katanya ia bertujuan untuk tayangan di luar negara, namun untuk babak tersebut di Malaysia sudah mencetus perbualan hangat penonton apabila babak merogol pelakon utama, Umie Aida dikatakan sangat realistik.

6. Klip 3GP (2011)

ADEGAN ghairah dalam filem ini tersebar sebelum ia ditayangkan kepada umum.

Filem lakonan Mimi Fly dan Fikhree Bakar dalam filem terbitan Grand Brilliance itu menjadi bualan hangat ekoran adegan ghairah membabitkan kedua pelakon berkenaan.

Bagaimanapun pengarah filem itu, Aidil Fitri Mohamed Yunos menafikan perkara itu dan mengatakan ada pihak tidak bertanggungjawab merakamkan adegan ghairah terbabit dan menyebarkannya sebelum ia ditayangkan.

7. Taubat Jalang (2012)

FILEM ini diklasifikasikan sebagai 18PL kerana terdapat aksi-aksi berani lakonan Yasmin Khanif.

Karya lakonan Yasmin Khanif ini mungkin tidak popular, namun filem ini pernah menjadi sebutan apabila ia sarat adegan panas hingga ia diklasifikasikan 18PL.

Antara aksi-aksi yang dikatakan begitu berani seperti lakonan Yasmin di atas ranjang dan juga aksi dirogol.

Selain filem-fiem yang disenaraikan, ada banyak lagi karya yang mencetus kontroversi adegan ‘panas’ seperti filem Laga, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam, Spinning Gasing, Histeria dan banyak lagi.

Adakah filem-filem ini lebih ‘panas’ berbanding drama Perempuan itu, terpulanglah kepada penonton.