Koyak didakwa ‘memondan’, Alif Syukri mahu saman Damian

Koyak didakwa ‘memondan’, Alif Syukri mahu saman Damian

Sejak kebelakangan ini, nama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sering meniti di bibir netizen selepas dia memuat naik Video Muzik (MV) lagu raya terbaharunya, Kelepok Raya.

Ramai yang mengecam dan menyifatkan MV tersebut sebagai tidak sensitif dan sengaja mempromosikan budaya songsang di negara kita.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila video tersebut dimuat naik sewaktu bulan Ramadan.

Ekoran dari aduan yang terlalu banyak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka satu kertas siasatan dan bertindak memanggil semua individu yang terbabit dalam pembikinan video tersebut beberapa hari lalu.

Damian Mikhail turut hentam tindakan Aliff

Penyanyi dan produser terkenal, Damian Mikhail tidak terkecuali apabila dia turut tampil menghentam tindakan Aliff yang memuat naik video berkenaan di bulan Ramadan.

Dia yang tampil menerusi satu posting di Instagram turut merasakan tujuan video berkenaan dihasilkan hanyalah untuk mempromosikan budaya songsang.

“Aku nampak motif si Aliff Syukri ni sebenarnya bukan untuk publisiti mahupun duit. Dua-dua dia dah ada dan boleh dapat dengan senang.

“Tujuan video ni dibuat satu je… pasal nak memondan. Tu je. Coming out the closet gitu.

“Kau nak memondan tu antara kau dengan Allah, tapi nak promote benda-benda macamtu masa Ramadan? Kau memang level s*al yang lain la Alip,” tegas Damian.

Bekas penyanyi kumpulan VE itu turut meminta Aliff untuk segera memohon keampunan Allah dan bertaubat.

“Minta maaf kat Allah dan segeralah bertaubat,” tambah Damian lagi.

Berang dengan komen yang disifatkannya sebagai melampau, Aliff menerusi satu hantaran di IG memberikan Damian 24 jam untuk memadam hantarannya itu. Jika tidak, dia akan menghantar surat saman kepada Damian.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Aliff menerusi IG Story telah berkongsi perbualan WhatsApp dia bersama seorang peguam memaklumkan yang dia mahu menyaman Damian.

Malah dia menerusi perbualan itu turut berkongsi tangkap layar posting yang dimuat naik Damian sebelum ni.

Menerusi muat naik berbeza, Aliff turut menambah satu lagi syarat baharu iaitu individu berkenaan, yakni Damian perlu tampil dengan satu video permohonan maaf jika mahu perkara itu diselesaikan dengan baik.

“Sila buat permohonan maaf terbuka. 24 jam tiada, tunggu peguam saya buat kerja.

“Dan pastikan buat permohonan maaf berserta video, kalau tak saman tetap berjalan. Lain kali nak mengutuk pun guna otak,” kata Aliff Syukri lagi.