Lancar kempen henti fitnah, menteri agama seolah mengata partinya sendiri

Lancar kempen henti fitnah, menteri agama seolah mengata partinya sendiri

Menteri agama Idris Ahmad menyelar perbuatan fitnah di media sosial yang semakin tidak bermoral dan mengundang bahaya kepada masyarakat.

Disebabkan itu, kementeriannya bersama JAKIM melancarkan ‘Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial’.

Namun begitu, kempen itu mendapat sindiran sinis daripada masyarakat.

Ada yang mengatakan Idris seolah-oleh mengata pemimpin partinya sendiri yang ramai didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah.

Netizen juga mengingatkan kepada menteri agama agar menasihati partinya sendiri terlebih dahulu yang seolah-olah sudah sebati memfitnah.

Mengikut rekod, ramai pemimpin PAS termasuklah yang digelar ustaz dan ulamak telah didapati bersalah kerana memfitnah pemimpin Pakatan Harapan.