Langkah Tropicana berkomplot jatuhkan Anwar?

Langkah Tropicana berkomplot jatuhkan Anwar?

Presiden MCA Wee Ka Siong menafikan spekulasi beliau terbabit dalam satu pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dalam hantaran tular di Twitter, pertemuan antara pemimpin BN dan PAS itu dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Resort dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.

Hantaran itu menyatakaan antara pemimpin yang hadir termasuk Ismail yang juga naib presiden Umno, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Wee dan setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.

Wee berkata, beliau kecewa orang ramai masih menyebarkan khabar angin dan menuduhnya terbabit dalam gerakan politik walaupun krisis politik susulan pilihan raya umum lalu sudah diselesaikan.

Beliau mengakui berada di Tropicana Golf Resort ketika itu tetapi untuk satu mesyuarat dan menjamu selera dengan dua ahli perniagaan.

“Kami berada di restoran makanan Cina manakala Ismail pula di sebuah lagi restoran. Anda boleh periksa rakaman CCTV restoran itu,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, calon BN bagi pilihan raya Padang Serai, Sivaraj Chandran berkata Annuar melawat Padang Serai, Kedah, semalam untuk berbincang dengan Umno Bahagian di situ mengenai pilihan raya berkenaan.