Langsung tak mengeluh jaga ibu, adik bongsu sponsor kakak pergi umrah

Seperti perkongsian di TikTok ini, adik bongsu telah menghadiahkan kakak pakej umrah sebagai penghargaan kerana telah menjaga ibu selama empat tahun dengan baik.
Dalam majlis doa selamat bersama ahli keluarga di rumah, mereka telah mengumumkan senarai nama yang akan menunaikan umrah pada tahun 2022. Siapa sangka si kakak tersenarai dalam 7 jemaah itu.

@zaitonmohamad448 #keluargabahagia #kejayaanislam #kakipancing
Si kakak yang terkejut dilihat menangis sebelum memeluk erat ibu. Difahamkan ibunya juga tidak tahu mengenai ‘surprise’ yang dirancang buat si kakak itu.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dengan cara keluarga ini menghargai jasa adik beradik.