Lelaki bakar diri kerana kekasih akhirnya meninggal dunia

Lelaki bakar diri kerana kekasih akhirnya meninggal dunia

Lelaki yang melecur 96% selepas membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, Kangar, pada malam Rabu dilaporkan sudah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut Sinar Harian, perkara tersebut dikongsikan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada media pada Khamis.

Jelas beliau, pihak polis bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai waktu kematian mangsa.

Mangsa yang berusia 28 tahun sebelum ini dikejarkan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Terdahulu kisah mangsa menjadi perhatian masyarakat selepas tular klip insiden memperlihatkan mangsa sedang berjalan dalam keadaan seluruh badannya terbakar.

Media kemudian memaklumkan mendiang nekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.