Lelaki ini kahwin dengan kambing betina akhirnya mohon maaf kerana ramai marah

Lelaki ini kahwin dengan kambing betina akhirnya mohon maaf kerana ramai marah

Seorang lelaki di Gresik, Jawa Timur, tular di media sosial kerana didakwa berkahwin dengan seekor kambing betina pada Ahad lepas (5 Jun).

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan di dalam video terbabit sekumpulan penduduk berpakaian mengikut adat Jawa hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Perkahwinan itu dilakukan antara Saiful Arif, 44, dengan seekor kambing yang diberi nama Sri Rahayu bin Bejo.

Dalam video sama, Saiful turut didengari melafazkan ‘akad nikah’ yang menyebut jumlah mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah sahaja (RM6.69).

Majlis perkahwinan tersebut turut disaksikan olah pendudukan kampung, penghulu, serta beberapa pemimpin setempat.

Mohon maaf dan akui ia sekadar konten sahaja

Video yang tidak disangka mencetuskan kemarahan orang ramai itu akhirnya memaksa Saiful Arif tampil menjelaskan isu yang sebenar, sekali gus membuat permohonan maaf.

Saiful mengakui bahawa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk konten media sosial dengan niat agar ianya tular.

Tambah Saiful, penghasilan video tersebut tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan hanya sekadar hiburan buat penonton.

Berdasarkan laporan Kosmo, penghasilan video terbabit adalah untuk menaikkan jumlah tanda suka dan meraih tontonan yang tinggi.