Lelaki ini meninggal dunia selepas tanya penceramah adakah boleh jumpa Rasulullah jika sudah meninggal dunia
Pemergian seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia menjadi tular selepas arwah dikatakan sempat bertanya kepada penceramah mengenai Nabi Muhammad S.A.W sebelum meninggal dunia.
Jemaah itu, Hamdan Abdat ketika kejadian difahamkan sedang mengikuti kelas agama oleh seorang penceramah, KH Muhyiddin Junaidi di Masjid Annur Cilendek, Bogor pada sabtu lalu.
Menurut seorang pengguna Facebook, Robby Darwis Allahyarham pada waktu itu sempat mengajukan pertanyaan kepada Ustaz Muhyiddin samaada seorang Muslim boleh bertemu dengan Rasulullah SAW selepas meninggal dunia.
“Almarhum wafat di masjid Annur Cilendek setelah selesai pengajian rutin pada Sabtu pagi oleh Ustaz Muhyiddin Junaidi (MUI pusat).
“Beliau sempat bertanya apadah seorang muslim yang meninggal dunia akan dapat bertemu Rasulullah” kata pengguna Facebook tersebut.
Ustaz Muhyiddin kemudian menjelaskan ianya bergantung kepada amal ibadah seseorang itu.
“Nabi SAW menyampaikan ‘Aku diutus untuk menyampaikan pencerahan kepada umat manusia’. Bergantung pada amal ibadah, kita boleh bertemu dengan Baginda SAW,” jelas Ustaz Muhyiddin saat menjawab pertanyaan arwah.
Tidak lama kemudiannya, Hamdan yang sedang bersandar di dinding tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan dir.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatinan netizen di sana. Rata-rata mengambil kesempatan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman.
Malah ramai yang turut mencemburui pemergiannya apatah lagi arwah pergi di majlis ilmu dan begitu mengidamkan bertemu Rasulullah di akhir waktunya.