Lelaki ini tikam kekasih sampai mati kerana tak rela berpisah

Lelaki ini tikam kekasih sampai mati kerana tak rela berpisah

Kejadian di Taman Merdeka, Melaka, seorang lelaki bersama bekas kekasih ditemui mati dalam sebuah rumah, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian ini berlaku dalam jam 4 petang semalam, sebelum polis mendapat maklumat berkenaan insiden yang berlaku.

Bekas wanita ditikam, Lelaki bunuh diri

bekas kekasih

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengatakan, mayat wanita yang berumur 22 tahun yang dipercayai merupakan bekas kekasih lelaki tersebut ditemui mati dengan kesan tikaman.

Manakala mayat lelaki berusia 33 tahun pula ditemukan di dalam bilik dengan berlumuran darah dipercayai bunuh diri.

Siasatan di dalam rumah itu polis turut menemukan pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal mendapati, motif kejadian ini dipercayai kerana lelaki itu tidak rela berpisah dengan mangsa, yang merupakan bekas wanitanya.

Kedua-dua mayat akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ada kenalan mangsa mengetahui mengenai pertengkaran wanita itu dengan lelaki terbabit sebelum cuba membantu.

Namun mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu berkunci sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Polis akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti jika ada individu lain yang terlibat sama dengan insiden ini.