Lelaki pakai kopiah sedap je selak kain pelekat, kencing kat kereta orang

Lelaki pakai kopiah sedap je selak kain pelekat, kencing kat kereta orang

 

Tular satu video di media sosial mengenai seorang lelaki yang memakai kopiah buat perkara tak senonoh di belakang sebuah kereta.

Menurut video yang dikongsikan Berita Hairan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki yang juga memakai baju melayu itu berjalan menuju ke sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Sampai jer dekat kereta tu lelaki berkenaan selak kain pelikatnya dan kencing berdiri. Dah tak tahan sangat ke macam mana tu?

Kalau korang lihat video tu betul-betul, dia sempat membuka kopiahnya dan meletakkan di atas kereta sebelum kencing.

Pakai kopiah dah baik, pergi kencing dekat kereta orang tu dah kenapa? Macam-macam hal lah!