“Lepas baca doa, saya balik awal dari majlis resepsi Janna” – Ustaz Wadi

“Lepas baca doa, saya balik awal dari majlis resepsi Janna” – Ustaz Wadi

 

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar telah dijemput untuk menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Difahamkan, Ustaz Wadi telah ditugaskan untuk menjadi pembaca doa pada majlis resepsi tersebut.

Namun, kehadiran pendakwah bebas itu di majlis yang bertemakan ala-ala barat itu telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Tampil memberi penjelasan, Ustaz Wadi mengakui dia telah meninggalkan majlis resepsi tersebut lebih awal selepas melihat pengantin perempuan.

Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan kepada tuan rumah sebelum meninggalkan majlis selepas selesai membaca doa.

Bila saya nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA kita kena balik kejap lagi dan tak dapat teruskan majlis.

Malah, Ustaz Wadi menjelaskan dia membuat keputusan untuk tidak makan, tidak bergambar, dan tidak bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis.

@wardatulsakinah_

ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar

♬ original sound – Nana Bella – Nana Bella

Dalam pada itu, beliau memberi peringatan bahawa Islam mengajar untuk tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.

Saya meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin yang wajib, dan apabila saya sampai situ baru saya tahu keadaan itu, saya terus beredar dan itu yang diajar oleh Islam.