Lif rosak luar jangkaan, pesakit terpaksa dipindahkan menggunakan tangga

Lif rosak luar jangkaan, pesakit terpaksa dipindahkan menggunakan tangga

Semalam, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan staf-staf di Hospital Melaka yang terpaksa memindahkan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU) dengan menggunakan tangga gara-gara lif hospital itu rosak.

Difahamkan, pesakit itu dipasang mesin ventilator untuk bernafas sebelum diusung turun menggunakan tangga oleh hampir 20 orang staf hospital.

Keadaan itu dilihat boleh membahayakan pesakit namun tiada pilihan lain ekoran lif rosak.

Individu yang berkongsi video tersebut di Twitter memohon jasa baik YB negeri itu untuk segera membaiki lif yang sangat penting kegunaannya di sesebuah hospital.

 

Hospital Melaka

Sumber: Twitter

Setelah tular sejak petang semalam, isu lif rosak itu telah mendapat perhatian daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau telah menghubungi Pengarah Hospital Melaka untuk penjelasan lanjut.

 

Hospital Melaka

Sumber: Twitter

Difahamkan, beliau telah dimaklumkan bahawa lif terbabit telah siap dibaiki petang semalam oleh kontraktor JKR.

https://twitter.com/DrZalihaMustafa/status/1665011949602586625?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1665011949602586625%7Ctwgr%5E2dcadea7f5305e6bab14f431d12569e3229ac485%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Flif-rosak-pesakit-di-hospital-melaka-terpaksa-dipindahkan-menggunakan-tangga%2F

Rata-rata netizen pula menggesa agar fasiliti di hospital-hospital kerajaan ini akan mendapat perhatian yang lebih daripada pihak kerajaan agar mana-mana kemudahan yang rosak akan segera dibaiki untuk memberikan keselesaan kepada kakitangan dan pesakit.

Sumber: Twitter @KakPotato