Main golf di Singapura: Najib hina mahkamah! tegas peguam
“Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?”
Ya, Datuk Seri.
Datuk Seri memang kena bersama cucu selama 24 jam dalam tempoh 6 hari.
Sebab, itulah yang Datuk Seri janjikan di Mahkamah.
Datuk Seri mohon supaya passport dipulangkan dalam tempoh seminggu untok lawat anak cucu. Maka, itulah yang Datuk Seri perlu lakukan.
Tahu tak sebenarnya Datuk Seri sebenarnya tidak dibenarkan ke luar negara?. Datuk Seri ada kes Mahkamah, dan tak dibenarkan meninggalkan negara.
Namun, dibenarkan juga kerana Datuk Seri telah memohon daripada Mahkamah, dan Mahkamah membenarkannya.
Asas kepada kebenaran tersebut adalah disebabkan Datuk Seri (bersama Datin Seri yang juga diberi kebenaran ke Singapura), ingin melawat anak perempuan yang baru lahirkan anak.
Kalau Datuk Seri mula bosan dan dah takda idea nak buat apa kat rumah anak cucu, baliklah ke Malaysia. Bukannya main golf dan bermain atas alasan memperkukuh ekonomi (lihat status FB beliau).
Kalau Datuk Seri hendak membeli barang keperluan, itu takda masalah. Itu dah memang keperluan. Tapi sampai main golf, itu dah melampau.
Lainlah kalau Datuk Seri tak ada kes di Mahkamah. Datuk Seri nak berjalan ke mana saja pun sebab Datuk Seri nak tingkatkan ekonomi Malaysia ni, berjalanlah.
Nak main golf, hatta nak main bola sama-sama sebelah Arif Aiman dan striker harapan negara Zulhilmi De Paula kat Singapura tu pun, main lah.
Tapi kalau dah ada kes di Mahkamah, kita minta kebenaran untok ke luar negara dengan alasan jaga anak cucu, buat itu sajalah. Tak perlu buat benda lain.
Kepada pembaca-pembaca sekalian, ini bukan isu “Eh biarlah DS Najib nak pergi mana. Kau jeles ke?”
Bukan soal jeles. DS Najib ke Singapura atas kebenaran Mahkamah. Kalau beliau keluar negara tanpa ada apa-apa kes, lepas tu main pula golf , sikit pun orang tak peduli.
Perbuatan tersebut seolah-olah menghina Mahkamah. Hal ini nampak macam Datuk Seri salah guna kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah.
MUFARWA FARID
Peguam