“Main-main saya bunuh anak kamu” – Scammer guna taktik gertak culik anak

“Main-main saya bunuh anak kamu” – Scammer guna taktik gertak culik anak

 

Tular di media sosial mengenai sindiket penipuan membabitkan pelajar sekolah yang dikatakan telah diculik dan diugut untuk mendapatkan pampasan berupa wang ringgit daripada ibu bapa mangsa.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan taktik ‘scammer’ yang menyasarkan ibu bapa dan warga emas yang mempunyai anak yang masih bersekolah seumpamanya.

Scam taktik baru, mak saya dapat panggilan dari scammer bagitahu diorang culik saya dan mintak duit tebusan.

Siap ada perempuan jerit kat belakang (sound effect). Mereka biasanya sasarkan ibu bapa yang ada anak bersekolah.

Seorang lagi pengguna media sosial itu juga memaklumkan bahawa dia pernah mengalami situasi yang sama apabila menerima mesej WhatsApp berbaur ugutan.

Scammer culik
Rafidah, anak kamu di tangan aku, kalau kamu main-main, kita akan bunuh anak kamu.

Malah, scammer itu juga turut menghantar beberapa foto memaparkan individu dan diikat dan diacukan pisau serta parang.

Berikutan pendedahan taktik terbaharu itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik supaya tidak terpedaya dengan ugutan kumpulan tersebut.

Sekiranya anda menerima mesej dan panggilan daripada pihak scammer ini, mohon bantuan dan kepastian daripada orang lain terlebih dahulu.