Makin membimbangkan! 140,608 hilang pekerjaan tahun ini

Makin membimbangkan! 140,608 hilang pekerjaan tahun ini

Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia sehingga kini masih lagi diserang dengan wabak COVID-19 yang secara tidak langsung merencatkan keadaan dalam pelbagai aspek.

Sebuah perkara yang paling membimbangkan adalah jumlah individu yang hilang tempat mencari rezeki. Menurut laporan terbaru, seramai 140,608 individu dilaporkan telah hilang pekerjaan. Data yang diperoleh ini diambil dari Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan data tersebut adalah berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pihak kerajaan turut memaklumkan sedia menyalurkan bantuan buat mereka yang terkesan dalam meneruskan kehidupan. Selain itu, pelbagai lagi bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) meliputi faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan antara yang sedia ditawarkan.

Sementara itu, dilaporkan seramai 203,102 individu berjaya memperoleh pekerjaan menerusi MYFutureJobs bermula 1 Januari 2021 sehingga Ogos 2021. Jumlah individu yang mendaftar pada platform ini juga turut menjangkau melebihi 1 juta pendaftaran, lapor Vocket.