Makin parah! Orang kampung sudah kemaruk judi online
Kegiatan judi online kini menular dan bertambah rancak ‘menjangkiti’ penduduk kampung dengan kewujudan ejen-ejen bergerak yang hanya memerlukan telefon bimbit dan modal RM10 untuk memulakan pertaruhan.
Kosmo melaporkan aktiviti haram yang semakin membarah tersebut menyebabkan penoreh getah, pesawah, pembantu kedai, penternak lembu, mekanik dan pelajar sekolah mula terjebak dan sanggup menghabiskan gaji serta wang simpanan untuk berjudi.
Oleh kerana begitu ramai yang terjebak, aktiviti itu kini dipanggil ‘sukan rakyat’ dalam kalangan kaki judi yang rata-ratanya sudah ketagih.