Malas sapu sampah & basuh baju, ibu naik angin siram anak dengan air panas
Seorang ibu nekad menyiram anaknya yang berusia sembilan tahun dengan menggunakan air panas sehingga menyebabkan muka anaknya itu melecur teruk.
Berang anak malas buat kerja rumah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas, kejadian yang berlaku di Sumatera Barat Indonesia itu disebabkan oleh si ibu yang berusia 37 tahun berang dengan anaknya yang dikatakan malas membuat kerja rumah seperti menyapu dan membasuh baju.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP M Arvi, penderaan yang dilakukan si ibu itu difahamkan berlaku ketika bapa kepada mangsa keluar pergi bekerja.
Mangsa sudah lama didera. Perbuatan itu selalunya akan dilakukan ketika ketiadaan bapa mangsa tiada di rumah iaitu sewaktu dia pergi bekerja.
Kini, suspek sudah pun ditahan pihak polis dan akan disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.
Sekiranya didapati bersalah, ibu mangsa boleh berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun.