Malaysia kedua tertinggi kes buli siber di kalangan remaja

Malaysia kedua tertinggi kes buli siber di kalangan remaja

Umum pasti mengetahui masalah buli siber di dalam negara semakin lama semakin membimbangkan.

Berbanding buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka, gejala buli siber ini  mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari tanpa henti dengan kapasiti yang luas.

Buli siber juga tidak mengenal mangsa, baik golongan selebriti, ahli politik, ahli perniagaan malahan golongan belia.

Terbaharu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan Malaysia berada pada kedudukan kedua tertinggi di Asia pada 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan anak muda.

Menurut penyelidik mengenai buli siber belia Jessie Yong, keadaan ini mungkin berlaku disebabkan penggunaan media sosial secara meluas yang secara tidak langsung menggalakkan perbuatan buli siber dan sikap buruk dikalangan pengguna media sosial, lapor Bernama.

Selain itu, tingkah laku ini mungkin berpunca dari perasaan tidak gembira si pembuli gara-gara keperluan asasnya tidak dipenuhi.

Ini berpandukan Choice Theory yang dibangunkan pakar psikiatri Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa manusia mempunyai lima keperluan asas yang menggerakkan tingkah laku (pilihan mereka).

Menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan (untuk menyayangi, disayangi dan harga diri), kuasa, kebebasan dan keseronokan.”

“Apabila satu atau lebih keperluan asas ini tidak dipenuhi, mereka mungkin menggunakan buli siber sebagai platform bagi memuaskan keperluan itu. Itu sebabnya kes buli siber tidak hanya dilakukan oleh golongan belia sahaja, tetapi turut membabitkan orang dewasa.”

Kata Jessie kepada Bernama

Jessie menerusi satu webinar ‘TalkSpace’ yang berlansung pada 29 Disember sebelum itu mendedahkan kajian mendapati  mereka yang melakukan buli siber sebenarnya mengalami kadar kesunyian tinggi.

Jusreru mereka menjadika tingkah laku buruk itu untuk meraih perhatian orang lain.

“Ini disebabkan kekurangan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka. Membuli dalam talian adalah usaha mereka untuk meraih perhatian daripada orang asing.”

Sebagai info, buli siber bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di seluruh dunia.

Peka dengan malah tersebut, banyak platform yang mula mengambil pantas bagi membendungnya antaranya Youtube yang kini menyembunyikan jumah dislike pada video selain aplikasi seperti TikTok dan Instagram yang kini tampil dengan fungsi pantas untuk memadam komen jelik yang ditinggalkan orang ramai.

Malah kerajaan menerusi CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia difahamkan sedang dalam usaha menggubal undang-undang khusus mengenai buli siber ini.