Mat Jargon mengaku guna ayat Quran dan hadis untuk menang PRU15, berusaha jadi lebih Pas dari ahli Pas

Mat Jargon mengaku guna ayat Quran dan hadis untuk menang PRU15, berusaha jadi lebih Pas dari ahli Pas

 

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengejutkan ramai dengan satu pengakuan semasa temubual.

Dalam temubual ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau menceritakan persiapan diri untuk menjadi calon Parti Pas.

“Bila mana saya diumumkan oleh kepimpinan untuk bertanding di Kelantan saya dah ready mindset (berfikiran) untuk jadi calon Pas.

“Saya kena recall (ingat) balik banyak benda saya belajar di kampus dulu, antaranya surah-surah, hadis dan ayat Quran serta dalil yang orang Pas selalu guna.

“Sebab saya perlu tunjukkan pada pengundi Machang, saya lebih Pas dari ahli Pas, itu formula kemenangan saya,” ujarnya dalam temubual tersebut.

@sheikhmuadz

Selagi boleh guna agama… gunaaa. Asal boleh menang #pn #pas #kelantan #wanfayhsal

♬ original sound – Sheikh Exclusive – Sheikh Exclusive

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, @sheikhmuadz yang terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Wan Ahmad Fayhsal.

Warganet turut terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu.