Mat Salleh ini teruja jumpa Proton Iswara 1994, ‘mileage’ hanya 17,000 KM di UK

Mat Salleh ini teruja jumpa Proton Iswara 1994, ‘mileage’ hanya 17,000 KM di UK

Jika anda ingat baru-baru ini tular kisah sebuah Proton Saga Black Night yang memenangi satu pertandigan kereta klasik di UK iaitu Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021.

Meskipun sudah berusia 32 tahu, ianya masih lagi terjaga malah disayangi oleh pemilik terbarunya, Jon Coupland walaupun sudah beberapa kali bertukar tangan.

Yang pastinya kemenangan kereta Black Night tersebut telah menarik minat peminat-peminat kereta klasik di negara tersebut terhadap model-model lama Proton.

Buzzkini melaporkan, terbaru pemilik saluran YouTube Furious Driving, Matt Richardson telah memuat naik satu video dimana dia telah menemui sebuah Proton Saga 1994 (dikenali sebagai Israwa di Malaysia) milik sebuah keluarga yang sudah tersimpan dan terbiar di dalam sebuah bangsal lebih dari 10 tahun.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah kondisinya yang begitu sempurna dan boleh dikatakan seperti baru. Malah meter perbatuannya juga hanya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 17,259km.

Difahamkan kehadiran Matt ke sana adalah mewakili seorang lagi Youtuber, Stephanie Holloway dari saluran YouTube Idriveaclassic, yang berminat membeli kereta tersebut setelah ditawarkan oleh keluarga berkenaan.

Bangsal tanpa lampu sebarang cahaya

Menerusi video tersebut, bangsal yang menyimpan kereta berkenaan difahamkan tidak mempunyai sebarang lampu malahan tiada akses untuk cahaya dan kereta ini sudah disimpan didalamnya sejak kali terakhir dipandu pada tahun 2010.

Mungkin disebabkan tiada pencahayaan, bahagian wiper kereta tersebut kelihatan seperti baru malahan wipernya juga sempurna dan masih lembut.

Video 1

Brek tak melekat & Tayar langsung tak kempis

Menerusi video tersebut, boleh dikatakan semua bahagian luarannya termasuk panel-panel dan cat badan, unit-unit lampu juga masih kelihatan seperti baru langsung tidak menyamai usianya yang sudah 27 tahun.

Bahan kesemua tayarnya juga masih berisi angin dan langsung tidak kempis selain brek yang tidak melekat sewaktu dibawa keluar.

Menerusi video sama, kereta tersebut sewaktu ditemui berada di dalam lapisan perlindungan menyebabkan ia langsung tidak berkarat.

Enjin sempurna tiada kebocoran

Matt dan rakannya yang memeriksa bahagian enjin kemudian dilihat kagum apabila enjin masih lagi sempurna selain tiada kebocoran minyak, Malah minyak enjin juga sangat bersih seolah baru ditukar.

Steph yang kemudian datang untuk melihat kereta berkenaan kemudian meluahkan rasa terujanya selepas kereta tersebut berjaya dihidupkan hanya dengan satu putaran kunci sebaik baterinya ditukar.

“Semua orang Malaysia kini tengah cemburu dengan saya,” kata Steph di akhir video, sebaik mengetahui keadaan kereta berkenaan yang disifatkannya sebagai sempurna.

Video 2