Melampau! Suami pecahkan cermin kereta isteri hingga bahayakan anak

Melampau! Suami pecahkan cermin kereta isteri hingga bahayakan anak

Tindakan seorang lelaki menarik dan memecahkan cermin kereta isterinya semasa anaknya berada di dalam kenderaan itu mengundang kemarahan netizen kerana tindakan lelaki tersebut bukan sahaja dianggap tidak bertanggungjawab, malah mungkin mencederakan anaknya.

Insiden itu dirakam isteri individu tersebut dan disiarkan di dalam akaun Facebook peribadinya dan dipercayai berlaku di utara tanah air.

Menurut wanita tersebut, dia dan lelaki itu sedang menunggu proses perceraian dan sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu.

Jelasnya, suaminya sering mengganggunya dan membuat pelbagai ugutan seperti ingin membakar kereta.

“Sebelum cerita ini diputarbelitkan, aku nak bagitahu kenapa aku buka tingkap suku sahaja. Sehari sebelum kejadian, dia (suami) bawa lari beg dokumen aku yang ada dalam kereta, sebab itu hari ini aku buka tingkap sikit sahaja, kalau buka tingkap habis, memang kena jerat la macam sebelum-sebelum ni.

“Sebelum ni dia asyik ugut nak ambil kereta aku, siap cakap nak bakar lagi. Sebelum ini juga dah berkali-kali dia ambil kunci kereta aku, sampai buang angin dekat tayar kereta pun ada. Jadi aku dah sampai tak larat nak hadap benda ni,” tulisnya di ruang keterangan Facebook.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah melihat tindakan lelaki itu seperti tidak memikirkan anaknya sendiri sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mencederakanya.

Warganet turut berharap ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

“Melampau ya, Depan anak buat macam tu, kalau kaca termasuk dalam mata anak ke, tak pasal-pasal. Patut masa dia pegang tingkap tu pergi tutup tingkap biar tersepit lepas tu start kereta biar terseret, puas hati,” komen Nabieyla Yamie.

“Dah la tak hensem, perangai hodoh pulak. Kot iya pun bermasalah dengan maknya, tak perlu tunjuk depan anak. Anak tu boleh trauma tau tak? Hantu punya bapak! Adoi,” komen Echah Danny.