Memang patut la minta elaun, korang ingat budak intern mandi kolah masjid?

Memang patut la minta elaun, korang ingat budak intern mandi kolah masjid?

 

Isu elaun untuk pelajar praktikal atau ‘intern’ masih lagi menjadi perdebatan orang ramai kerana kebanyakan mereka sering dibayar dengan elaun yang rendah, walhal kerja dilakukan boleh dikatakan sama banyak dengan pekerja sepenuh masa.

Baru-baru ini, seorang mahasiswa menyuarakan kebimbangan kerana bakal menjalani latihan praktikal pada semester hadapan.

Dia tidak dapat membayangkan jika tiada sebarang elaun yang diberikan pihak syarikat kepada pelajar praktikal.

Menerusi hantaran tular, wanita itu berkata dia nekad akan membawa plakad tertulis “Intern bukan buruh percuma” bagi mendapatkan keadilan.

Baginya kebanyakan pelajar praktikal tidak dilindungi syarikat dan dengan itu, terdedah kepada peluang dieksploitasi oleh majikan.

Tahun lalu, seorang pengguna Twitter mendapat perhatian ramai setelah tampil mempertahan pemberian elaun kepada pelajar praktikal. Ini kerana menurutnya mereka juga bekerja dan memerlukan kos untuk menampung perbelanjaan harian.

Dia juga tidak bersetuju jika ada yang mengatakan pelajar tidak wajib mendapat elaun sepanjang menjalani program praktikal yang ditetapkan pihak universiti.

“Bebudak praktikal (intern) bergerak ke pejabat tuan-puan kena guna duit juga untuk isi minyak kereta, bukan guna air kolah masjid.

“Makan minum lagi. Munasabahlah kalau dia tanya elaun. Walaupun tu sebahagian proses belajar dia, dia masih bekerja kot. Haih, tak paham aku.

“Lainlah kalau permintaannya yang bukan-bukan. Beza tu pergi praktikum dengan kuliah dalam kampus.Dalam kampus bolehlah nak jalan kaki kalau kampus kecil.K alau besar, mampus. Inikan pulak kat luar,” tulisnya.